ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)
Asrar I-Khudi sebuah penulisan yang memperkatakan tentang diri atau keperibadian manusia, ditulis oleh Syeikh Muhammad Iqbal dengan bertujuan membangunkan umat Islam dari lamunan tentang kehebatan kaum zaman dahulu menentang musuh Islam tetapi kekuatan itu tidak ditonjolkan pada hari ini menyebabkan perkembangan orang Islam terbatas kerana diri seseorang yang tidak mahu mengubah nasib diri sendiri.
Khudi diertikan dalam kesusasteraan iaitu "keperibadian". penulis juga menyatakan bahawa pertumbuhan Khudi bermula daripada seseorang mula menuju kepada Ilahi atau boleh dikategorikan sudah mula insaf keatas apa yang dibuat di dunia sehingga ke tingak yang peling tinggi dalam Khudi iaitu keperibadiaan mutlak kepada Tuhan, ini dijelakan bahawa seseorang manusia mencapai Khudi yang tertinggi apabila dia sudah mempunyai ke arah keagamaan yang tinggi untuk mengerjakan perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangan Tuhan. Secara kesimpulanya,seseorang mesti mengetahui Khudi dalam individu tersebut supaya dia dapat mengenal siapa dirinya yang sebenar.
Comments
Post a Comment