TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI



Teater Realisme bermula dekat 1960-an telah membuka lembaran baru dalam perkembanggan pementasan drama melayu. Pada awal dekad 1960-an, satu bentuk baru pementasan drama melayu yang kemudian dikenali sebagai bentuk pementasan drama realisme telah muncul. Akibat daripada pengaruh pementasan drama di barat, dramatis-dramatis melayu telah membuat percubaan untuk menggunakan gaya baru dalam pementasan drama mereka. Pementasan drama realisme dalam dekad 1960-an digunakan untuk alat bagi menyalurkan pandangan dan pemikiran mereka kepada masyarakat. Pengaruh pementasan drama realisme barat dan Indonesia berkembang dan turut mempengaruhi bentuk drama melayu. Bentuk drama realisme luar telah mempengaruhi dramatis tempatan dengan 2 bentuk sahaja. Selain itu, gaya pementasan dalam aliran drama realisme membawa konsep bahawa sesuatu persembahan yang dibawa hendaklah merupakan sesuatu yang seharusnya berlaku di atas pentas. Perwatakkan kejadian dan aksi adalah perbuatan yang biasa dilihat , sesuatu yang didengar, rasa dan hidu. Semua ini di bawa ke atas pentas agar penonton dapat mengalami hal yang serupa seperti yang dialami oleh masyarakat yang digambarkan itu.


    Persembahan teater yang bertajuk “waktu sesudah itu” mengisahkan tentang seorang wanita tua yang dikatakan gila oleh penduduk kampung disebabkan perwatakan dan pakaian yang lusuh dan berbau hingga menyebabkan banyak lalat yang suka higgap ke perempuan tua itu. Perempuan tua itu bernama Mak Endon hidup sebatang kara dan sering merayap ke mana sahaja sambil membawa satu guni yang berisikan botol yang dikumpulkanya. Bidin yang merupakan salah seorang warga kampung sangat membenci Mak Endon, dia sangat sombong kerana mempunyai kekayaan yang paling mewah dalam kampung tersebut. Bidin juga mempunyai sebuah warung atau kedai makan di kampungnya, perusahaanya sangat maju kerana pelbagai makanan dan minuman yang sedap boleh didapati di warung tersebut. Mak Endon yang merupakan perempuan tua yang dikatakan gila itu juga kerap kali berkunjung ke warung Bidin bagi tujuan yang sangat diinginkan iaitu mendapatkan secawan kopi yang dikatakan sangat sedap dari warung Bidin, disebabkan kejadian tersebut juga warung bidin mengalami kemerosotan ekonomi atau menanggung kerugian yang besar apabila Mak Endon sering kali datang untuk mendapatkan secawan kopi, Mak Endon juga bukannya meminta sedekah atau meminta percuma makanan dan minuman di warung Bidin sebaliknya dia mempunyai wang ringgit bagi mendapatkan secawan kopi tersebut.


    Persembahan teater realisme “Waktu Sesudah Itu” hasil daripada produksi kerabat kreatif teens dan theatre UTM skudai memberikan satu gambaran bahawa teater merupakan suatu persembahan yang patut dilakukan bukanya ditinggalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana persembahan sesebuah teater banyak memberikan manfaat dan hiburan serta memberikan nasihat atau pengajaran kepada seluruh masyarakat penonton, pelakon, belakang tadbir dan sebagainya

Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)