Bahasa Rojak
Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Sebagai contoh percampuran antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris yang menjadi percakapan kepada masyarakat pada masa ini.
"u nak i settelkan kan tak?"
Rosaknya bahasa kerana ilmu masyarakat yang kurang tentang utuhnya bahasa melayu yang pernah menjadi bahasa penghatar di seluruh dunia. Masyarakat sekarang lebih menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi.
Kenapa Bahasa Rojak digunakan?
1. Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman dan penggunaan Bahasa Inggeris lebih dominan.
2. Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.
3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. sebagai contoh, apabila masyarakat seperti golongan muda bertemu, mereka akan menggunakan bahasa rojak dalam berkomunikasi kerana mereka sudah terbiasa dengan campuran bahasa tersebut.
4. Cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, dalam media sosial seperti Whatapp, Instragram, Facebook, Twitter dan sebagainya dengan penggunaan bahasa yang mudah atau melanggar rukun Bahasa Melayu.
Oleh itu, martabatkan Bahasa Melayu supaya dunia kenal bahawa Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa tertinggi di dunia. Melayu yang bejaya ialah melayu yang kenal jati diri bangsa, bahasa ibunda dan siapa bangsa yang berbahasa dengan adab.
Comments
Post a Comment