Bidadari lautan sastera: Siti Zainon Ismail
SITI ZAINON ISMAIL dilahirkan pada 18 Disember 1949 di Gombak, Selangor Darul Ehsan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Rupa (B.F.A) dari Sekolah Tinggi Seni Rupa (SRI) pada tahun 1973 di Yogyakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana Sastera (1980) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya (1992). Pada tahun 1980, beliau dilantik menjadi pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain itu, beliau pernah menjadi Fellow Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (1994-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999) Siti Zainon merupakan Professor Madya di UKM (1995) dan dilantik sebagai Profesor 2000. Setelah bersara beliau dilantik sebagai Prof Tamu di ATMA UKM (2007) dan pada tahun 2014-2016 diundang sebagai Profesor di Fakulti Kemanusian, seni dan Warian Univerisiti Malaysia Sabah. Meneruskan kuliah Faslasah Kebudayaan dan Kesenia, Estetika Seni, Retorik Penulisan, disamping terus aktif menggalakan kegiatan Seni bersama mahasiswa dan masyarakat di Sabah.
Dalam ujana Kesusasteraan Melayu tanah air, Siti Zainon dikenali sebagai penyair dan pelukis yang aktif dalam pengkajian dan penulisan ilmiah, cerpen, novel, puisi dan kritikan. Siti Zainon memiliki bakat besar dalam bidang lukisan dan penulisan karya kreatif.
SENARAI KARYA
Kajian Ilmiah-Buku
2. Kembara Seni Siti (Galeri Melora-Utusan Melayu, 1990)
3. Getaran jalur dan Warna (Fajar Bakti, 1990)
4. Percikan Seni (DBP, 1989)
Novel
1. Rembang Flamboyan (Fajar Bakti, 1990)
2. Pulau Renik Ungu (DBP, 1995, 2005)
3. Delima Ranting Senja (Utusan Melayu Publications, 2009).
Kumpulan Cerpen
1. Seri Padma (DBP, 1984)
2. Attar Lembah Mawar (Marwilis, 1988)
3. Dogeng Si Siti Kecil (Teks Publishing 1988)
4. Bunga Putik Putih (DBP, 1992)
5. Kampung Paya Kami (Galeri Melora, 1998, 2010)
6. Nyanyian Orang Laut (Galeri melora, 2000)
7. Jurai Palma (DBP, 2004)
8. Rindu Pala Muda (DBP, 2006)
9. Piaza di Spagna (Galeri Melora, 2010)
Kumpulan Puisi
1. Nyanyian Malam (DBP, 1976/Galeri Melora 2004)
2. Puisi Putih Sang Kekasih (UKM, 1984/2016)
3. Perkasihan Subuh (Bulan Bintang bandung, 1986/ Cindai Cinta, 1987)
4. Daun-daun Muda (Media Intelek, 1986)
5. Aquarium Kota (Cindai Cinta, 1988)
6. Bunga-bunga Bulan (Creative Interprise, 1990)
7. Kaun Nyalakan Lilin (Grupemuisi UKM, 1990)
8. The Moon is a Candle (trj. Harry Avelling, DBP, 1992)
9. Taman-taman Kejadian (Galeri Melora, 1996)
10. Pumplet Penyair: IBUNDA – Mother (Unit Kebudayaan UKM, 1996)
11. Witir Merapi (Galeri Melora, 2004)
12. Geulumbang Rayei Nota SMS Tsunami (Galeri Melora, 2005)
13. Kasih Bonda (DBP, 2010, 2015)
14. Bait Senandung Malam (ITBM, 2011)
15. Bonda’s Love (ITBM, 2011)
16. Bijak Si Katak Bijak (Puisi Kanak-kanak) (ITBM, 2012)
17. Angsa Istana di Jambul Desa (ITBM, 2014)
18. Surat dari Awan (ITBM, 2015)
19. Sahabat Bulu Cantik (Puisi Kanak-kanak_ (ITBM, 2016)
20. Zaman Cicak dan Mengkarung (Puisi Kanak-kanak) (ITBM, 2016)
21. Cik Bunga Rantau abang (Puisi Kanak-kanak) (ITBM, 2016)
Marilah kita mengenali Sasterawan Negara ke-14 kerana dia merupakan penerus kepada sastera yang menjadi identiti sesebuah masyarakat Melayu dan Malaysia. Penulis berharap dengan sedikit penulisan ini akan membantu anda lebih mengenali siapa Bidadari Lautan Sastera.
Comments
Post a Comment