Budaya Bersalaman Tanda Penyatuan dan Sunnah



 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T., selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda SAW, Sahabat baginda S.A.W. serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan adab-adab dalam berkomunikasi sesama manusia sama ada Islam atau bukan Islam. Untuk itu, di antara sebab Allah S.W.T. mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W. adalah menyempurnakan atau mengajarkan akhlak kepada sekalian manusia berdasarkan sabda Baginda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]
 
Tambahan pula, bersalaman ketika bertemu termasuk di dalam adab-adab Islam dan akhlak yang terpuji. Ini kerana, ia menggambarkan sifat cinta dan kasih sayang di antara yang bersalaman. Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang menunjukkan kelebihan perbuatan bersalaman adalah:
 

Daripada al-Bara’ berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ، إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا


Maksudnya: “Tidaklah ada dua orang muslim itu apabila bertemu, lalu bersalamanan, melainkan akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” [Riwayat Ahmad (18547)]

Tapi kini, bersalaman menjadi suatu yang hilang daripada sesama manusia, apabila bertemu hanya melambai tangan, meletakkan tangan di dada, bertepuk tangan dan sebagainya. Masyarakat sekarang kurang mengetahui tentang kelebihan bersalaman kerana mereka sudah dijajah oleh budaya barat yang buruk dan mengabaikan tanda bersalaman. Tambahan pula, akibat datangnya satu gelombang virus Covid-19 yang berbahaya kepada manusia apabila bersentuhan atau berdekatan. Selain itu, masyarakat tidak sedar bahawa bersalaman merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W., lihatlah bertapa risaunya masyarakat sekarang kerana budaya bersalaman paling mudah dilakukan tetapi sudah ditinggalkan.

Oleh itu, penulis berharap budaya bersalaman ini dijadikan sebagai rutin atau kebiasaan masyarakat apabila bertemu dan sebagai tanda ukhuwah perpaduan sesama manusia. Penulis juga berharap Covid -19 yang masih lagi melanda segera hilang dan kita dapat kembali seperti biasa mengamalkan budaya bersalaman sesama manusia tidak kira siapa, kerana bersalaman adalah tanda penyatuan dan sebagai sunnah.

Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI