Doa di Bulan Rejab



Alhamdulillah, sedar tak sedar pada hari hari ini 23 januari 2023 hari isnin telah melangkah masuk ke bulan Rejab. kurang 70 hari pula kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan. Sempena menyambut kedatangan dan keberkatan bulan Rejab, mari kita bersama- sama lafazkan doa yang diajarkan apabila masuk ke bulan Rejab. Doa ini menjadi santapan umat Islam apabila melangkah masuk ke bulan Rejab,

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

Doa yang sangat sempurna diajarkan dalam Islam menandakan kita sedar bahawa bulan Rejab merupakan suatu fasa permulaan latihan atau ibadah untuk mendapatkan pahala dan hidayah yang sangat diperlukan oleh seseorang manusia serta sebagai latihan untuk kita sampai ke bulan yang penuh keberkatan untuk umat Baginda Rasulullah S.A.W. Bulan Rejab ini merupakan bulan di mana lautan manusia mula menyempurnakan iman dengan memperbayakkan  sedekah, berselawat, tolong -menolong, berpuasa, berzikir dan sebagainya yang boleh mengukuhkan iman seseorang. Indahnya doa bulan Rejab sebelum  hadirnya bulan Ramadan.

Penulis berharap kita bersama-sama menjadikan doa ini sebagai suatu kebiasaan dalam meminta dengan Yang Maha Esa, Di samping itu juga, penulis mendoakan kita menjadikan bulan Rejab ini sebagai langkah kanan dalam mendapatkan hidayah dan pahala serta penulis mendoakan kita sampai ke satu bulan dalam islam yang paling berkat dan sempurna iaitu bulan Ramadan yang sangat menginginkan keberkatan Ramadan.


 

Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI