Filem Pulau


Pulau ialah sebuah filem genre seram yang dirancang bakal ditayangkan pada 9 Mac 2023. Filem ini menceritakan tentang sekumpulan lelaki dan wanita yang berkunjung ke sebuah pulau yang kemudiannya berdepan kejadian-kejadian mistik di pulau tersebut. Filem arahan Euho itu membariskan pelakon seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Nam Ron dan ramai lagi

Filem ini telah menjadi tumpuan kepada masyarakat dan mendapat kritikan yang negatif kerana terdapat beberapa unsur yang tidak berlandaskan agama Islam serta undang-undang perfileman Malaysia. Kritikan yang ingin dibuat oleh penulis ialah  pemakaian yang dikenakan oleh pelakon- pelakon yang mana menggunakan pakaian yang mendedahkan tubuh badan atau dipanggil separuh bogel. Pelakon juga seolah-olah membiarkan tubuh badan mereka dipertontonkan dan tidak mempunyai rasa malu serta terikut-ikut dengan budaya barat yang buruk.
 
Katakan tidak kepada filem yang memaparkan perkara negatif ini, penulis juga menyeru bahawa perfileman di malaysia haruslah menapis dan mengetatkan undang-undang terhadap filem di malaysia sejajar dengan konsep ajaran Islam supaya sudut pandangan penonton yang menyaksikan sebarang filem hasil dari Malaysia mendapat fikiran yang positif dan bukanya negatif.

 

Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI