Islam Dihina, Apa Tindakan Kita?
Beberapa hari yang lepas umat Islam di seluruh dunia digemparkan oleh satu kejadian yang sangat berdukacita apabila agama Islam seolah-olah dicabar hebat oleh penentang-penentang Islam. Kejadian ini berlaku di negara Sweden, seorang politikus ekstrem sayap kanan Denmark-Sweden telah membakar Al-Quran di hadapan umum bertempat di depan kedutaan Turkiye di Stockholm pada sabtu lepas.
Apa usaha dan tindakan kita sebagai umat Islam?
Kata Buya Hamka: jika kamu diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.
Sebagai umat Islam kita haruslah bertindak dengan betul selaras dengan tuntutan agama Islam, Islam merupakan agama yang paling benar tetapi mereka menentang kebenaran. kita haruslah melakukan tindakan seperti memboikot makan hasil keluaran Sweden, menggunakan undang-undang yang berkaitan dengan penghinaan agama, mengerakkan pemimpin supaya bersuara dan mengutuk sekeras-kerasnya sekiranya agama Islam dihina, sebagai umat Islam berdoalah kerana Doa merupakan senjata paling berkesan bagi umat Islam. Nabi Muhammad S.A.W berjuang menegakkan agama Islam tetapi kita yang mengadaikan agama Islam kerana bodohnya manusia dalam sesuatu ilmu.
Penulis berharap Islam dijadikan tonggak utama dalam kehidupan kerana, jika agama Islam sudah mengusia jiwa sudah pasti dunia dianggap sebagai persinggahan sahaja.
Comments
Post a Comment