Loghat Kelantan


Kelantan merupakan salah satu negeri yang terdapat di Malaysia. Negeri Cik Siti Wan Kembang itulah gelaranya. Negeri ini juga dikenali sebagi negeri serambi Mekkah kerana Islam yang diterapkan dan Islam menjadi sebagai tiang kepada seseorang yang beragama Islam. Bahasa loghat kelantan menjadi tumpuan dalam penulisan kali ini kerana setiap lohgat berbeza-beza di setiap negeri di Malaysia.

Mari kenali longhat Kelantan.

DIALEK KELANTAN
BAHASA MELAYU STANDARD
Demo
Kau
Kawe
Saya / Aku
Ambo
Saya
Toksey
Tak nak
Royak / Kecek
Cakap
Manih Leting
Sangat manis
Tawa Heber
Sangat tawar
Mase Purik
Sangat masam
Paik Lepe
Sangat Pahit
Brehi
Suka
Kutir
Cubit
Agah
Sombong
Derak
Jalan- jalan
Keto
Kereta
Woh setto
Buah manggis
Pauh
Mangga
Moktey
Rambutan
Deghrian
Durian
Blana-kokna
Terlalu banyak
Jerik / Tiok
Menangis
Gegey
Bising
Bimbe
Bimbang / Risau
Loni
Sekarang
Jambe
Tandas
Ungga
Lari
Ngaji
Belajar
Jare
Jarang
Pitih
Duit / Wang
Dumoh/ Rumoh
Rumah
Tubik
Keluar
Nyodok
Penyodok
Koyok
Kopek
Sokmo
Selalu
Gocoh
Gaduh / Bertengkar
Ddebe
Berani
Tohok
Buang
Ngepek
Membebel
Buwi
Beri / Bagi
Kelik
Balik
Panah cecey
Cuaca sangat panas
Meta
Sekejap
Lorak
Kalut / nak cepat
Jenero
Tertido
Glecoh
Tergelincir
Come lote
Terlalu cantik
Colek
Pencicah / sos

Indahnya loghat yang menjadi bahasa percakapan masyarakat Kelantan. Bahasa yang sering dituturkan menjadi sebagai kata untuk membentuk tali persaudaraan. Penulis berharap dengan sedikit loghat Kelantan yang dipaparkan menjadikan masyarakat tidak kira berasal dari mana melihat bahasa bahasa yang indah menjadi membawa satu kebaikan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat tidak mengira berbilang kaum, bangsa atau agama. justeru itu, Penulis juga berasa bangga kerana loghat yang berlainan digunakan di setiap negeri di Malaysia menjadi identiti atau jati diri sesebuah masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
 

Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI