Muzikal Kampung Baru

 

Sebuah drama teks hasil karya Hatta Azad Khan. Drama ini menceritakan sebuah suka duka di sebalik perjuangan ke arah kemajuan dan perjuangan mempertahankan khazanah lama. Cerita ini mengisahkan sekumpulan anak muda berilmu, lulusan universiti bersatu tenaga di bawah teraju Gulam Russel. Mereka membuat perancangan membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh, lengkap dengan infrastruktur, latihan kemahiran penduduk, serta agihan hartanah selepas dibagunkan. Kumpulan ini mengadakan peyelidikan yang rapi tentang segala aspek ekonomi, sosial dan perundangan Kmapung Baru. Apabila mereka ingin mengemukakan idea itu kepada penduduk Kampung Baru pelbagai peringkat umur, mereka mendapat reaksi yang pelbagai. Haji Palawan, golongan tua merupakan penduduk asal Kampung Baru sukar dibawa berunding. Dia menyimpan dendam dan rasa geram yang mendalam terhadap kegagalan pihak yang bertanggungjawab membangunkan Kampung Baru. Haji Palawan teringat Kongres Melayu yang pernah diadakan di Padang Kelab Sulaiman pada tahun 1946 yang mana dia mengimpikan pemimpin seperti Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman.

Raja Molek dan dua suruhanya Nesan dan Jalad pula sentiasa mencari kesempatan untuk mendapatkan habuan dengan jalan menyewakan hartanah Kampung Baru kepada sesiapa sahaja yang mahu menjalankan apa-apa jenis perniagaan. Mereka juga menentang cadangan Gulam dan kawan-kawan. Namun, kumpulan yang berilmu dan bersemangat kental ini tidak mudah mengalah.

Penulis ingin membuat kritikan yang positif yang mana terdapat beberapa pengajaran dan teladan melalui watak-watak yang ada. Sebagai contoh tidak mementingkan diri sendiri melalui watak Nesan dan jalad yang mementingkan kepentingan mereka. Selain itu, sudi menerima perubahan sekiranya mendatangkan kebaikan melalui watak orang Kampung Baru yang bersetuju dengan perubahan tersebut, bersemangat kental dalam perjuangan melaui watak Gulam dan rakan -rakanya.

Penulis menyatakan bahawa penulisan tentang drama teks Muzikal Kampung Baru ini dijadikan sebagai bahan rujukan kepada orang lain tentang drama Muzikal Kampung Baru.

Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI