Perjalanan Menaiki Puncak Gunung Stong
Dibalas pula keperitan dan kelelahan itu dengan suatu pujian kepada yang Maha Esa yang menciptakan alam dunia penuh dengan keindahan dan kesempurnaan flora dan fauna. Aku merasakan sebuah taman apabila sampai di puncak gunung Stong kerana kicauan burung yang pelbagai, curahan air terjun mengalir celah-celah batu serta dinginya udara yang membawa kepada tiupan bayu berselisih di badan dengan penuh kasih sayang. Aku terpegun dan mengetahui suatu pengalaman pemandangan yang luar biasa kerana indanya alam sekitar hasil kebesaran yang Maha Esa yang tiada tandingnya dan sempurna.
Itulah pengalaman perjalanan aku.
Comments
Post a Comment