Perjalanan Mencari Ilmu
Aku sekarang berada di semester ke-3, mengharungi cabaran, onak duri, liku-liku perjalanan demi sebuah ilmu berlapiskan kejayaan. Terima kasih Guru, Pensyarah kerana berkat dorongan membawa aku mengenal lebih dalam Sastera yang luar biasa ini. Jasamu tidak terbalas, ilmunya tidak lekang dicurah, usahamu tidak akan aku lupakan.
Terima kasih juga Ibuku, Ayahku, dan keluargaku kerana menjadi pembakar semangat walau jauh berpandangan mata dipisahkan oleh sempadan negeri demi ilmu yang aku cari, sanggup aku rintangi demi membawa sebuah ilmu bersalutkan kejayaan.
Aku berharap perjalanan mencari ilmu tidak akan dan tidak mudah terhenti dek badai rintangan menimpa, aku berharap semoga aku terus berjuang sampai ke usia dibantu oleh guru atau pensyarah yang sentiasa membuka jalan dan menebas rintangan yang melanda untuk melihat anak-anak didikanya berjaya.
Comments
Post a Comment