Teks Permata Sastera Melayu
Sebuah teks yang digunakan dalam subjek Kesusasteraan Melayu dalam tingkatan 6. Buku ini mempunyai pelbagai karya kesusasteraan melayu puisi tradisional dan moden seperti pantun, gurindam, seloka, sajak dan sebagainya. Terdapat juga bahagian prosa dalam kesusasteraan melayu seperti hikayat, cerpen, novel. Karya ini diambil daripada pelbagai pengarang yang berbeza latar belakang dan berpandangan berbeza melalui karya sastera yang diciptanya. Apa yang menjadi perhatian sebenarnya ialah karya yang dibuat atau ditulis tidak terbatas sebenarnya kepada pelajar tingkatan 6 yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu tetapi sebenarnya seluruh penggemar atau peneliti sastera juga menjadikan buku Permata Sastera Melayu sebagai sumber kajian dan sumber rujukan.
Itulah sastera yang bermutu tidak hanya terbatas pada sebuah buku tetapi ilmu yang terdapat dalam sastera sebenarnya dikaji oleh semua peringkat umur. Sastera yang ditulis merupakan cetusan minda manusia yang bersifatkan keindahan dan berfaedah. Teks Permata Sastera Melayu telah banyak digunakan dalam pencarian sumber maklumat, sesetengah masyarakat mengatakan buku sastera hanya berguna ketika pembacaan tujuan peperiksaan, tetapi karya sastera membentuk manusia mempunyai keperibadian yang tinggi berlandaskan pemikiran pengkarnya yang dibaca dan dikaji. Itulah sebuah karya sastera tidak akan pernah ditinggalkan atau disisihkan kerana ilmu yang ditulis dalam melayu karya sastera merupakan suatu pemahaman keseluruhan manusia pelbagai aspek.
Comments
Post a Comment