Ulama Pewaris Nabi

 


Sosok tubuh yang menawan dan mulia, itulah Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat. Beliau merupakan ulama pewaris Nabi yang lahir pada 10 Januari 1931 dari bumi serambi Mekkah iaitu Kelantan. Kehebatan Tuan Guru tidak lari dari bicara manusia kerana kebaikanya, tegasnya, ilmunya, kejujuranya, hormatnya membawa agama Islam serta mengangkat agama Islam hingga darjat paling tertinggi.

Beliau merupakan seorang Menteri Besar Kelantan, tetapi kehidupanya seperti rakyat biasa kerana sebuah pangkat dan darjat tidak pernah dipandang serta dianggap satu kelebihan melainkan agama mendahului segala-galanya. Melalui ceramah Tuan Guru banyak manusia dan masyarakat kembali ke jalan kebenaran berlandaskan agama kerana ketegasanya, ilmunya, kempimpinya, ilmu dan pesanannya mampu mengetuk pintu hati mencintai dan percaya Islam adalah suatu kebenaran itulah kata -kata seorang Ulama sebagai pewaris Nabi. 

Benarlah Ulama pewaris Nabi, sosok yang hidupnya sering dicaci dan dibenci kerana membawa kebenaran islam dan mencuci kotoran dunia. Tuan Guru meninggal pada tanggal 12 Febuari 2015, tetapi meninggal penuh doa yang mengiringi kerana sifanya kepada manusia lain. Itulah perginya insan yang sempurnya di mata Yang Maha Esa sebagai hambanya.

Al-fatihah kepada almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI