Warisan Melayu Dikir Barat
Dipopularkan sejak zaman dahulu di negeri Kelantan, dikir barat menyatukan perpaduan kerana sebuah persembahan perlulah satu kesepakatan yang kukuh. Tukang karut akan mengarut sambil berbalas -balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir ini dipersembahkan sebagai hiburan atau sebuah pertandingan.
Tetapi kini, dikir barat sudah dihakis kepupusan ditelan zaman. Golongan muda pada masa ini lebih memilih nyayian berbentuk balada, rocks, sedih dan sebagainya yang meyebabkan warisan budaya dikir barat tidak lagi dipopularkan dan dipersembahkan. Disebabkan itu, marilah kita mengangkat kembali satu warisan budaya ini kerana dikir barat banyak manfaat dan faedahnya kerana setiap perkataan dikeluarkan ada nasihatnya. Justeru itu, jagalah warisan budaya kita supaya dunia tahu warisan budaya dikir barat adalah lambang kepada negara Malaysia yang dipenuhi seni budaya dan banggalah terhadap warisan budaya kita.
Comments
Post a Comment