Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad
Seketul Hati Seorang Pemimpin menghimpunkan 15 buah cerpen Sasterawan Negara yang sangat dihormati iaitu Shahnon Ahmad yang terilham daripada penekanan yang mengharukan dan menggelisahkan jiwa serta elemen-elemen yang berkembang sebelumnya. Hal ini boleh terjadi melalui iklim politik kebadutan, kenangan -kenangan silam, keyakinan akan kekuasaan Tuhan dan sebagainya. Seketul Hati Seorang Pemimpin juga merupakan pemikiran yang diilhamkan daripada pengalaman Shahnon Ahmad yang sangat luas seterusnya diungkapkan pemikiranya melalui karya tersebut. Hasil penelitian dari sudut pembacaan menunjukkan pemikiran politik, sosial dan keagamaan banyak diungkapkan oleh pengarang, namun pemikiran yang paling banyak ialah politik. Shahnon Ahmad memang tidak asing lagi bahawa beliau merupakan seorang yang berfikiran yang sangat bijak kerana dalam karyanya pengungkapan melalui perkataan untuk membentuk sesuatu ayat menjadi jalan cerita yang baik sangat diteli...
Comments
Post a Comment