Filem Mat Kilau : Fenomena Kebangkitan Semangat Cinta Kepada Tanah Air



Filem Mat Kilau ialah sebuah karya yang digelar filem yang berkisarkan kepahlawanan Melayu pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu arahan Syamsul Yusuf yang mula ditayangkan di Malaysia pada 23 Jun 2022, filem Mat Kilau berkisarkan Kebangkitan Pahlawan iaitu sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022, arahan Syamsul Yusof, dengan skrip oleh Syamsul dan Shahruddin Mt Dali, terbitan Studio Kembara. Dibintangi oleh Adi Putra sebagai watak tajuk @ watak utama, filem ini diilhamkan dari tokoh sejarah Malaysia iaitu Mat Kilau. Ia mengisahkan tentang Mat Kilau bersama dengan ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, yang berjuang bermati-matian menentang penjajahan British. Filem Mat Kilau merupakan satu filem yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme kepada rakyat Malaysia yang mana pada ketika ini mereka iaitu lebih kepada generasi muda yang kurang mempunyai semangat nasionalisme dan tidak mengatahui apa erti sebuah kemerdekaan yang sebenar  serta perjuangan kemerdekaan yang perlu dipertaruhkan oleh masyarakat terdahulu demi mencapai sebuah kemerdekaan sehingga ke waktu ini. Filem ini sangat sesuai ditayangkan dan dijadikan ikon untuk memupuk kembali semangat nasionalisme rakyat malaysia pada hari ini.

Filem ini berlatarkan akhir abad ke-19, di sebuah petempatan di Pahang. Ketika ini, sekumpulan pihak British yang diketuai seorang kapten tentera bernama Syers, sambil diiringi oleh Toga, seorang pembunuh upahan British asal Borneo, serta sekumpulan tentera British Sikh, sedang memburu tiga orang pahlawan atas kesalahan khianat. Akan tetapi, serbuan ini bertukar ganas dengan para tentera membunuh penduduk begitu sahaja, sehingga memaksakan ketiga-tiga pahlawan tersebut untuk menyerah diri, sebelum dihantar ke tahanan. Pada masa ini, pihak British mula mengeksploitasikan sumber bumi Pahang, demi merancang untuk meluaskan kuasa mereka. Tujuan dan cara perluasan kuasa British yang disifatkan melampau itu, merisaukan para pembesar tempatan, dan dengan itu, mula menentang penjajah British.

Seterusnya Pulau Tawar, Mat Kilau sedang menjalani latihan bersama rakan-rakannya. Kerana kemahiran dalam pertempuran yang hebat, ini menandakan bahawa Mat Kilau dan rakan-rakannya bersedia untuk menentang penjajah British. Mereka kemudiannya datang ke rumah Usup untuk mempelawanya menyertai pasukan mereka, tetapi ditolak kerana ingin menjaga ayahnya yang keuzuran. Sementara itu, di sebuah kawasan perlombongan emas Kuala Tembeling, para pahlawan yang ditahan itu dibawa ke penjara British. Perbincangan diadakan pada kalangan pembesar Melayu untuk melantik ketua pahlawan Melayu bagi menentang penjajah British menjadi tegang, sehinggakan Mufti Bottoqh membuat keputusan untuk mengadakan perlawanan satu lawan satu antara Mat Kilau dan Mat Lela. Setelah selesai perlawanan tersebut, Mat Kilau, anak kepada Tok Gajah, dipilih oleh para pembesar sebagai ketua pahlawan, tetapi rakannya, Awang naik angin kerana tidak dipilih. Bertitik-tolak daripada itu, Mat Kilau dan Awang mula bertengkar dan berpisah. Ketika berpisah, Awang terserempak dengan pihak tentera British yang sedang memunggah bekalan senapang. Sementara itu, Wahid pula mengalami konflik dengan isterinya, Rokiah yang sarat mengandung, kerana sering berdampingi Mat Kilau, berbanding dengan isterinya sendiri.

Pada Pandangan saya, filem Mat Kilau yang diambil daripada tokoh pahlawan di Tanah Melayu di pahang ini merupakan usaha yang  baik dalam mengangkat tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan yang sangat berani dan gagah untuk mengangkat semangat cintakan negara dan Tanah Air kepada penonton serta meningkatkan kualiti industri filem negara. Saya berharap dengan adanya cabang memartabatkan tokoh -tokoh ini diteruskan oleh semua masyarakat seterusnya menuju ke persada dunia dalam mengangkat tokoh-tokoh pejuang Mat Kilau dan yang lain seperti Tok Janggut, Dol Said, Matt Salleh, Rentap dan banyak lagi tokoh kemerdekaan negara yang penuh dengan berani dan jati diri yang tinggi dalam mempertahankan negara dari kuasa luar yang mencabar kedaulatan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI