Karya Diterbit di Majalah Dewan Siswa
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kepada setiap manusia telah memberi kebahagiaan juga kepada diri ini kerana Puisi moden iaitu sajak telah diterbitkan di Dewan Siswa melalui bahagian puisi siswa.
sajak bertajuk "Seorang Buta" berkisarkan tentang bagaimana nikmat berlainan individu yang diuji oleh Allah S.W.T mampu memberikan pengajaran kepada manusia yang lain.
Jemput membacanya,
Seorang Buta
Seorang buta
dianggap tidak sempurna
cacat pandangan rugi kenikmatan
jalan yang hilang tanpa tujuan
menagih simpati bersandarkan manusia
itulah fikir si manusia sempurna.
Tapi seorang buta
hati suci kepada Ilahi
pandangan dunia telah mati
akhirat di sana dilihat sempurna
kotornya dunia jijiknya manusia
tidak dipandang seorang buta
itulah nikmat seorang buta.
Seorang buta
tidak nampak seisi dunia
manusia sempurna riang gembira
melihat dunia penuh rasa
tapi seorang buta
juga rasa itu bahagia
kerana mata sudah dipelihara
kepada Ilahi tempat bersandar
sedikit demi sedikit menuju ke syurga.
(Terbitan Dewan Siswa September 2023)
Comments
Post a Comment