Novel Pahlawan Rimba Malaya dan Novel Bumi Manusia dari Kaca Mata Sejarah
Sejarah berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) didefinisikan sebagai asal usul salasilah (keturunan) atau sesuatu peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau seperti kisah, riwayat dan lain-lain.
Novel Pahlawan Rimba Malaya karya Keris Mas mengisahkan mengenai Jefri yang bangkit selepas menerima kesan imperialisme baik daripada British atau Jepun. Bangsanya melarat, ditindas segenap sudut oleh penjajah tanpa belas kasihan. Atas semangat nasionalisme yang mula bangkit dalam diri Jefri demi menentang penjajahan yang berlaku di tanah Melayu, dia menyertai gerakan orang dalam atau gerakan gerila bawah tanah yang bermotifkan serangan bersenjata sebagai tanda tidak rela tanah Melayu sebagai tempat kelahiranya dijajah bagi tujuan menentang keganasan tentera Jepun
Novel Bumi Manusia karya Pramoedya Ananta Toer menggambarkan kehidupan Minke, seorang pemuda Jawa keturunan bangsawan, selama masa penjajahan Belanda di awal abad ke-20. Sebuah penceritaan perlawanan kaum pribumi melawan kolonialisme Belanda. Novel ini juga mengangkat berbagai isu sosial dan politik, termasuk kolonialisme, rasialisme, dan ketidaksetaraan sosial. Minke menjadi narator dan pengamat yang cerdas tentang ketidakadilan yang terjadi di masyarakat kolonial pada saat itu.
Banyak unsur sejarah yang dapat diperlihatkan dalam novel tersebut antaranya memperlihatkan terdapat beberapa unsur sejarah seperti tokoh sejarah, peristiwa sejarah, latar tempat sejarah, latar masa sejarah dan budaya melalui novel Pahlawan Rimba Malaya dengan novel Bumi Manusia. Unsur sejarah sangat memainkan peranan yang penting kepada individu, masyarakat dan negara kerana sejarah merupakan rakaman kejadian atau keadaan yang berlaku pada masa lalu yang menjadi pemikiran kepada masyarakat yang dapat merasai peristiwa sejarah yang baik atau buruk yang berlaku seterusnya sejarah juga merupakan detik pengenalan yang pertama dalam pembentukan jati diri. Penulisan karya tersebut menandakan bahawa pengkarya mengungkapkan pemikiran yang berlaku berdasarkan pengalaman dan pengamatan yang telah dilalui oleh pengarang, cukup hebat pemikiran yang dikeluarkan dan penulisan karya tersebut juga mampu membangkitkan semangat kecintaan kepada negara sendiri.
Comments
Post a Comment