Novel Pak Sako : "Anak Mat Lela Gila" Suatu Kritikan kepada Masyarakat tentang Nilai Perjuangan

 



Novel Anak Mat Lela Gila karya Pak Sako memperlihatkan pemikiran besar pengarang itu mengenai perjuangan bangsa yang tidak terhenti hanya dengan mengecapi kemerdekaan. Anak Mat Lela Gila yang terbit pada tahun 1960 pula mengkritik sikap orang Melayu yang leka dengan perkara trivia dan bodoh.Menceritakan kisah seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung. Suka membersihkan laman masjid tetapi tidak pernah menjengah kedalamnya. Novel ini jika dibelai dengan penuh perhatian yang mendalam ada banyak maksud tersirat di dalamnya. Seperti kritik sosial. Walaupun di sampaikan dalam gaya bahasa lama namun tidaklah sukar memahaminya.

 Pak Sako mengingatkan orang Melayu bahawa mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha mempertahankan dan mengisi kemerdekaan yang baru dikecapi. Novel Anak Mat Lela Gila mengisahkan pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung dan kemudian 'diisi' dengan banyak maksud tersirat dan kritikan halus buat masyarakat. Ia memperlihatkan pemikiran besar Pak Sako yang memahami perjuangan sesuatu bangsa itu tidak terhenti dengan mencapai kebebasan fizikal semata-mata kerana peralihan zaman akan membawa pelbagai cabaran baru.

Kritikan sosial telah diperlihatkan dalam novel Anak Mat Lela Gila yang mana novel ini mengkritik sosial orang melayu tidak menghargai dan meperjuangkan tanah air dari penjajahan asing sedangkan orang Melayu pada masa itu tidak endah dengan penjajahan malah mereka lebih menumpukan kepada sesuatu benda yang tidak berfaedah tanpa ada rasa cinta sedikitpun terhadap mencintai tanah air.

Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI