Novel Sejarah : "Cinta Bangsawan" karya Salmiah Kasmuni
Cinta Bangsawan sebuah novel hasil karya Salmiah Kasmuni yang telah menggarapkan pemikiran yang sangat luar biasa memerihalkan peristiwa, gambaran watak, dialog dan sebagainya. Cinta Bangsawan mengisahkan sejarah negeri Johor dengan tumpuan kepada ketokohan Sultan Abu Bakar bin Temenggung Daeng Ibrahim (1833-1895). Sultan Johor yang pertama, sejarah perebutan tahta di Pahang, penglibatan Inggeris di Johor, Perang Jementah (1879), pembukaan dan pembangunan Muar Bandar Maharani, serta perkahwinan diraja dengan kerabat Turki turut digambarkan dalam novel ini, sangat hebat pemikiran yang digarapkan, ketokohan dan kejayaan Sultan Abu Bakar sejak remaja dalam menghadapi pengaruh Barat di Johor sehinggalah baginda digambarkan sebagai pembangun negeri Johor dari segi ekonomi, bidang perindustrian mahupun dalam pertanian. Kebijaksanaan baginda turut terserlah dalam aspek pentadbiran dengan cara menubuhkan pelbagai pelbagai jabatan. Baginda menggalakkan anak-anak Johor menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. Ketokohan Sultan Abu Bakar yang sangat terpuji dan berpengaruh ini menjadikan baginda digelar sebagai Bapa Pemodenan Johor.
Comments
Post a Comment