Novel Sejarah : Malaysia Milik Kita
Malaysia Milik Kita sebuah novel sejarah karya Nor Azida Ishak yang menggarapkan pemikiran yang begitu kreatif dan karya yang mampu membangkitkan semangat kecintaan kepada Tanah Air. Malaysia Milik Kita menceritakan tentang ahli politik yang pernah berkhidmat pada era Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Razak sejak sebelum merdeka. Watak Ghazali Shafie diangkat menjadi wira politik yang menjadi pembantu kepada pemimpin atasan. Ghazali Shafie mempunyai wawasan untuk melihat orang Melayu menerajui bumi Tanah Melayu, tanpa meminta pandangan Residen Inggeris atau sesiapa sahaja orang luar yang tidak putus-putus menjajah dan menjarah. ketokohan Ghazali Shafie dalam novel ini dapat menanam semangat nasionalisme dan patriotisme yang menjadi tonggak untama bagi naratif yang berlandaskan sejarah.
sangat hebat pemikiran yang diungkapkan oleh pengarang untuk menghasilkan penulisan yang begitu memberi manfaat kepada masyarakat kerana ini sangat berpautan pada hari ini yang mana generasi pada hari ini mula hilang jati diri kerana terlalu sibuk dengan kerjarnya dunia semata-mata.
Comments
Post a Comment