Poster tentang Perasaan Diri


    Gambaran poster bukan hanyalah sebagai gambaran semata-mata tetapi gambaran ini adalah tentang diri ini sebagai manusia yang hina di sisi Ilahi, dunia hanyalah sebagai sebuah mimpi disangkakan realiti kerana terlalu asyik mengejarnya, tetapi akhirat sebagai alam kekal selamanya apabila tiba sampai kepadanya tidak dipandang malah disangka itu yang kedua. Hinanya diri ini kepadu Ilahi.

    Biarkan gambaran ini berbicara dengan makna yang ingin disampaikan,

 kenapa adanya telefon yang digengam erat menunjukkan ia sangat dekat dengan seseorang?
    Ini menunjukkan bahawa dunia dipandang dan dijadikan sebagai plihan utama

Kenapa Al -Quran jauh dari pandangan manusia tersebut, malah tidak digengam sekalipun berbanding dengan telefon yang dipegang erat?
     Menunjukkan bahawa akhirat dijadikan pilihan kedua, Al-Quran jauh disana menunjukkan bahawa individu ini jarang membukanya dan membacanya. Hinanya diri ini YA ALLAH.

Gambaran ini sangat cantik diselangi dengan perkataan yang sangat indah, tetapi maksud di sebaliknya adalah sangat mengguris perasaan.

Aku meminta keampunan dari mu Ya Tuhan, jadikan hambamu yang hina ini kembali kepada fitrah asal iaitu menyembahmu sebagaimana aku telah berjanji kepada dalam ayat Al-Quran sebagai bukti untuk menyatakan bahawa aku telah berjanji untuk menyembahmu dan mengikuti segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Yang Maha Esa.




Comments

Popular posts from this blog

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI