Teater Zeni : Karya Sasterawan Negara, A. Samad Said
Teater zeni ialah sebuah karya yang digelar teater yang berkisarkan perjuangan arahan Tuan Haji Kamarul AR yang dipersembahkan pada 6 Disember 2019 di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor. Ia merupakan suatu adaptasi daripada sebuah novel yang bertajuk Daerah Zeni yang mana novel tersebut merupakan karya milik sasterawan negara A. Samad Said. Teater Zeni merupakan suatu teater yang berkisarkan tentang suatu Daerah Zeni di mana perjuangan adalah suatu yang mesti kalau mahu neneruskan hidup yang dilakonkan oleh Syel Ramlan melalui watak Zeni, Aloeng Silalahi watak Lazri Meon dan sebagainya.
Persembahan teater yang bertajuk “Zeni” merupakan hasil daripada pementasan yang dijalankan oleh produksi Pertubahan Teater Hidayah. Persembahan menggunakan konsep adaptasi daripada novel Daerah Zeni dengan menghubungkan antara ubahan skrip, dialog, rasa, pelakon, pakaian dan sebagainya menggunakan realiti yang berlaku dibawa ke atas pentas.
Persembahan teater yang bertajuk “Zeni” mengisahkan tentang Anak Lazri Meon iaitu Zeni yang semakin tertarik membaca novel karya Lazri, yang berkisar kepada perjuangan watak Hamdar menentang penjajah Inggeris. Zeni kagum dengan sikap Hamdar yang senang hidup terpisah daripada masyarakat, menghuni gerabak keretapi dan mengenang kembali perjuangan kawan-kawannya menentang penjajah Inggeris. Zeni merasa ditarik untuk menghayati dunia novel itu. Dia membandingkan hidup ayahnya dengan hidup Hamdar. Ada misteri dalam penceritaan yang dibawa ke dalam persembahan teater tersebut, ada persamaan dalam perwatakan dang sebagainya. Timbullah semangat untuk melayani hidup cacat adiknya. Dia rela begitu daripada menyambut kedatangan bekas suaminya yang ingin rujuk semula. Zedi pula yang turut membaca novel ayahnya, Zedi tidak menyukai layanan baik yang diberi oleh kakak dan ayahnya. Dia mahu mereka menyelesaikan masalahnya sendiri dan biar dia menyelesaikan masalahnya sendiri. Dia merupakan orang cacat, tetapi dalam kecacatan itu dia mahu hidupnya ditentukan oleh dia sendiri dan bukanya ingin rasa simpati dari keluarganya dalam keadaanny dan novel ayahnya adalah sumber semangat yang tidak dapat dinilai.
Teater Zeni hasil daripada produksi Pertubuhan Teater Hidayah memberikan satu gambaran bahawa teater merupakan suatu persembahan yang patut dilakukan bukanya ditinggalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana persembahan sesebuah teater banyak memberikan manfaat dan hiburan serta memberikan nasihat atau pengajaran kepada seluruh masyarakat penonton, pelakon, belakang tadbir dan sebagainya. Oleh itu, diharap pementasan teater ini dijalankan dengan menaikkan lagi karya -karya yang sangat berkualiti daripada pengkarya-pengkarya yang prolifik dan memberikan manfaatnya kepada masyarat.
Comments
Post a Comment