Posts

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI

Image
T eater Realisme bermula dekat 1960-an telah membuka lembaran baru dalam perkembanggan pementasan drama melayu. Pada awal dekad 1960-an, satu bentuk baru pementasan drama melayu yang kemudian dikenali sebagai bentuk pementasan drama realisme telah muncul. Akibat daripada pengaruh pementasan drama di barat, dramatis-dramatis melayu telah membuat percubaan untuk menggunakan gaya baru dalam pementasan drama mereka. Pementasan drama realisme dalam dekad 1960-an digunakan untuk alat bagi menyalurkan pandangan dan pemikiran mereka kepada masyarakat. Pengaruh pementasan drama realisme barat dan Indonesia berkembang dan turut mempengaruhi bentuk drama melayu. Bentuk drama realisme luar telah mempengaruhi dramatis tempatan dengan 2 bentuk sahaja. S elain itu, gaya pementasan dalam aliran drama realisme membawa konsep bahawa sesuatu persembahan yang dibawa hendaklah merupakan sesuatu yang seharusnya berlaku di atas pentas. Perwatakkan kejadian dan aksi adalah perbuatan yang biasa dilihat , sesua...

Novel Sejarah : "Cinta Bangsawan" karya Salmiah Kasmuni

Image
     Cinta Bangsawan sebuah novel hasil karya Salmiah Kasmuni yang telah menggarapkan pemikiran yang sangat luar biasa memerihalkan peristiwa, gambaran watak, dialog dan sebagainya. Cinta Bangsawan mengisahkan sejarah negeri Johor dengan tumpuan kepada ketokohan Sultan Abu Bakar bin Temenggung Daeng Ibrahim (1833-1895). Sultan Johor yang pertama, sejarah perebutan tahta di Pahang, penglibatan Inggeris di Johor, Perang Jementah (1879), pembukaan dan pembangunan Muar Bandar Maharani, serta perkahwinan diraja dengan kerabat Turki turut digambarkan dalam novel ini, sangat hebat pemikiran yang digarapkan, ketokohan dan kejayaan Sultan Abu Bakar sejak remaja dalam menghadapi pengaruh Barat di Johor sehinggalah baginda digambarkan sebagai pembangun negeri Johor dari segi ekonomi, bidang perindustrian mahupun dalam pertanian. Kebijaksanaan baginda turut terserlah dalam aspek pentadbiran dengan cara menubuhkan pelbagai pelbagai jabatan. Baginda menggalakkan anak-anak Johor menuntu...

Novel Pak Sako : "Anak Mat Lela Gila" Suatu Kritikan kepada Masyarakat tentang Nilai Perjuangan

Image
  Novel Anak Mat Lela Gila karya Pak Sako memperlihatkan pemikiran besar pengarang itu mengenai perjuangan bangsa yang tidak terhenti hanya dengan mengecapi kemerdekaan. Anak Mat Lela Gila yang terbit pada tahun 1960 pula mengkritik sikap orang Melayu yang leka dengan perkara trivia dan bodoh.Menceritakan kisah seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung. Suka membersihkan laman masjid tetapi tidak pernah menjengah kedalamnya. Novel ini jika dibelai dengan penuh perhatian yang mendalam ada banyak maksud tersirat di dalamnya. Seperti kritik sosial. Walaupun di sampaikan dalam gaya bahasa lama namun tidaklah sukar memahaminya.   Pak Sako mengingatkan orang Melayu bahawa mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha mempertahankan dan mengisi kemerdekaan yang baru dikecapi. Novel Anak Mat Lela Gila mengisahkan pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung dan kemudian 'diisi' dengan banyak maksud tersirat dan kritikan halus buat masyarakat. Ia memperlihatkan p...

Filem Mat Kilau : Fenomena Kebangkitan Semangat Cinta Kepada Tanah Air

Image
Filem Mat Kilau ialah sebuah karya yang digelar filem yang berkisarkan kepahlawanan Melayu pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu arahan Syamsul Yusuf yang mula ditayangkan di Malaysia pada 23 Jun 2022, filem   Mat Kilau  berkisarka n K ebangkitan Pahlawan ia itu  sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022, arahan Syamsul Yusof, dengan skrip oleh Syamsul dan Shahruddin Mt Dali, terbitan Studio Kembara.   Dibintangi oleh Adi Putra sebagai watak tajuk  @ watak utama , filem ini diilhamkan dari tokoh sejarah Malaysia iaitu Mat Kilau . Ia mengisahkan tentang Mat Kilau  bersama dengan ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, yang berjuang bermati-matian menentang penjajahan British . Filem Mat Kilau  merupakan satu filem yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme kepada rakyat Malaysia yang mana pada ketika ini mereka iaitu lebih kepada generasi muda yang kurang mempunyai semangat nasionalisme dan tidak mengatahui apa erti sebuah keme...

Teater Zeni : Karya Sasterawan Negara, A. Samad Said

Image
  Teater zeni ialah sebuah karya yang digelar teater yang berkisarkan perjuangan arahan Tuan Haji Kamarul AR yang dipersembahkan pada 6 Disember 2019 di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor. Ia merupakan suatu adaptasi daripada sebuah novel yang bertajuk Daerah Zeni yang mana novel tersebut merupakan karya milik sasterawan negara A. Samad Said. Teater Zeni merupakan suatu teater yang berkisarkan tentang suatu Daerah Zeni di mana perjuangan adalah suatu yang mesti kalau mahu neneruskan hidup yang dilakonkan oleh Syel Ramlan melalui watak Zeni, Aloeng Silalahi watak Lazri Meon dan sebagainya. P ersembahan teater yang bertajuk “Zeni” merupakan hasil daripada pementasan  yang dijal a nkan oleh produksi  Pertubahan Teater Hidayah. P ersembahan menggunakan konsep adaptasi daripada novel Daerah Zeni dengan menghubungkan antara ubahan skrip, dialog, rasa, pelakon, pakaian dan sebagainya menggunakan realiti yang berlaku dibawa ke atas pentas. P erse...

PROGRAM PROFESIONALISME SISWA SIRI 2

Image
Sebuah progam anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 18 November 2023- 19 November 2023,  program yang saya hadirkan diri sangat memberi impak yang positif yang mana program ini memberi nilai tambah kepada saya dalam aspek kemahiran insaniah yang diterapkan melalui Modul Pembangunan Profesinalisme Siswa. Selain itu, dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran Smart and Sharp bersesuaian dengan tuntutan alam pekerjaan samasa dan juga pada masa hadapan. Banyak tambahan ilmu yang dibeikan oleh penyarah -pensyarah yang sudah arif dan ahli dalam bidang -bidang mereka. sangat seronok menimba pegalaman dan ilmu. Terima Kasih kepada pihak yang menganjurkanya.  

Novel Remaja : Kahfi

Image
Novel Kahfi hasil karya Rodiah Haji Said berkisarkan tentang seorang remaja yang cacat kaki kanannya ekoran kemalangan yang menimpanya. Kejadian tersebut telah menyebabkan Kahfi hampir berputus asa. Malah, dugaan demi dugaan juga hadir dalam dirinya. Perpisahan kedua ibu bapanya juga menambahkan lagi kesengsaraan dan tekanan hidup. Walau bagaimanapun, minatnya terhadap mata pelajaran Fizik mendorong Kahfi menghasilkan rekaan yang berupa peranti sarung logam, sebagai usaha untuk memulihkan keadaan kakinya. Pengakhiran cerita memaparkan Kahfi pada awalnya seorang pelajar yang nakal serta mempunyai masalah disiplin telah berubah ke arah yang lebih positif. Kakinya yang tempang juga telah sembuh seperti sediakala.