Posts

Showing posts from January, 2024

TEATER REALISME “WAKTU SESUDAH ITU” DARI PRODUKSI: KERABAT KREATIF TEENS AND THEATRE UTM SKUDAI

Image
T eater Realisme bermula dekat 1960-an telah membuka lembaran baru dalam perkembanggan pementasan drama melayu. Pada awal dekad 1960-an, satu bentuk baru pementasan drama melayu yang kemudian dikenali sebagai bentuk pementasan drama realisme telah muncul. Akibat daripada pengaruh pementasan drama di barat, dramatis-dramatis melayu telah membuat percubaan untuk menggunakan gaya baru dalam pementasan drama mereka. Pementasan drama realisme dalam dekad 1960-an digunakan untuk alat bagi menyalurkan pandangan dan pemikiran mereka kepada masyarakat. Pengaruh pementasan drama realisme barat dan Indonesia berkembang dan turut mempengaruhi bentuk drama melayu. Bentuk drama realisme luar telah mempengaruhi dramatis tempatan dengan 2 bentuk sahaja. S elain itu, gaya pementasan dalam aliran drama realisme membawa konsep bahawa sesuatu persembahan yang dibawa hendaklah merupakan sesuatu yang seharusnya berlaku di atas pentas. Perwatakkan kejadian dan aksi adalah perbuatan yang biasa dilihat , sesua...

Novel Sejarah : "Cinta Bangsawan" karya Salmiah Kasmuni

Image
     Cinta Bangsawan sebuah novel hasil karya Salmiah Kasmuni yang telah menggarapkan pemikiran yang sangat luar biasa memerihalkan peristiwa, gambaran watak, dialog dan sebagainya. Cinta Bangsawan mengisahkan sejarah negeri Johor dengan tumpuan kepada ketokohan Sultan Abu Bakar bin Temenggung Daeng Ibrahim (1833-1895). Sultan Johor yang pertama, sejarah perebutan tahta di Pahang, penglibatan Inggeris di Johor, Perang Jementah (1879), pembukaan dan pembangunan Muar Bandar Maharani, serta perkahwinan diraja dengan kerabat Turki turut digambarkan dalam novel ini, sangat hebat pemikiran yang digarapkan, ketokohan dan kejayaan Sultan Abu Bakar sejak remaja dalam menghadapi pengaruh Barat di Johor sehinggalah baginda digambarkan sebagai pembangun negeri Johor dari segi ekonomi, bidang perindustrian mahupun dalam pertanian. Kebijaksanaan baginda turut terserlah dalam aspek pentadbiran dengan cara menubuhkan pelbagai pelbagai jabatan. Baginda menggalakkan anak-anak Johor menuntu...

Novel Pak Sako : "Anak Mat Lela Gila" Suatu Kritikan kepada Masyarakat tentang Nilai Perjuangan

Image
  Novel Anak Mat Lela Gila karya Pak Sako memperlihatkan pemikiran besar pengarang itu mengenai perjuangan bangsa yang tidak terhenti hanya dengan mengecapi kemerdekaan. Anak Mat Lela Gila yang terbit pada tahun 1960 pula mengkritik sikap orang Melayu yang leka dengan perkara trivia dan bodoh.Menceritakan kisah seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung. Suka membersihkan laman masjid tetapi tidak pernah menjengah kedalamnya. Novel ini jika dibelai dengan penuh perhatian yang mendalam ada banyak maksud tersirat di dalamnya. Seperti kritik sosial. Walaupun di sampaikan dalam gaya bahasa lama namun tidaklah sukar memahaminya.   Pak Sako mengingatkan orang Melayu bahawa mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha mempertahankan dan mengisi kemerdekaan yang baru dikecapi. Novel Anak Mat Lela Gila mengisahkan pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung dan kemudian 'diisi' dengan banyak maksud tersirat dan kritikan halus buat masyarakat. Ia memperlihatkan p...

Filem Mat Kilau : Fenomena Kebangkitan Semangat Cinta Kepada Tanah Air

Image
Filem Mat Kilau ialah sebuah karya yang digelar filem yang berkisarkan kepahlawanan Melayu pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu arahan Syamsul Yusuf yang mula ditayangkan di Malaysia pada 23 Jun 2022, filem   Mat Kilau  berkisarka n K ebangkitan Pahlawan ia itu  sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022, arahan Syamsul Yusof, dengan skrip oleh Syamsul dan Shahruddin Mt Dali, terbitan Studio Kembara.   Dibintangi oleh Adi Putra sebagai watak tajuk  @ watak utama , filem ini diilhamkan dari tokoh sejarah Malaysia iaitu Mat Kilau . Ia mengisahkan tentang Mat Kilau  bersama dengan ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, yang berjuang bermati-matian menentang penjajahan British . Filem Mat Kilau  merupakan satu filem yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme kepada rakyat Malaysia yang mana pada ketika ini mereka iaitu lebih kepada generasi muda yang kurang mempunyai semangat nasionalisme dan tidak mengatahui apa erti sebuah keme...

Teater Zeni : Karya Sasterawan Negara, A. Samad Said

Image
  Teater zeni ialah sebuah karya yang digelar teater yang berkisarkan perjuangan arahan Tuan Haji Kamarul AR yang dipersembahkan pada 6 Disember 2019 di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor. Ia merupakan suatu adaptasi daripada sebuah novel yang bertajuk Daerah Zeni yang mana novel tersebut merupakan karya milik sasterawan negara A. Samad Said. Teater Zeni merupakan suatu teater yang berkisarkan tentang suatu Daerah Zeni di mana perjuangan adalah suatu yang mesti kalau mahu neneruskan hidup yang dilakonkan oleh Syel Ramlan melalui watak Zeni, Aloeng Silalahi watak Lazri Meon dan sebagainya. P ersembahan teater yang bertajuk “Zeni” merupakan hasil daripada pementasan  yang dijal a nkan oleh produksi  Pertubahan Teater Hidayah. P ersembahan menggunakan konsep adaptasi daripada novel Daerah Zeni dengan menghubungkan antara ubahan skrip, dialog, rasa, pelakon, pakaian dan sebagainya menggunakan realiti yang berlaku dibawa ke atas pentas. P erse...

PROGRAM PROFESIONALISME SISWA SIRI 2

Image
Sebuah progam anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 18 November 2023- 19 November 2023,  program yang saya hadirkan diri sangat memberi impak yang positif yang mana program ini memberi nilai tambah kepada saya dalam aspek kemahiran insaniah yang diterapkan melalui Modul Pembangunan Profesinalisme Siswa. Selain itu, dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran Smart and Sharp bersesuaian dengan tuntutan alam pekerjaan samasa dan juga pada masa hadapan. Banyak tambahan ilmu yang dibeikan oleh penyarah -pensyarah yang sudah arif dan ahli dalam bidang -bidang mereka. sangat seronok menimba pegalaman dan ilmu. Terima Kasih kepada pihak yang menganjurkanya.  

Novel Remaja : Kahfi

Image
Novel Kahfi hasil karya Rodiah Haji Said berkisarkan tentang seorang remaja yang cacat kaki kanannya ekoran kemalangan yang menimpanya. Kejadian tersebut telah menyebabkan Kahfi hampir berputus asa. Malah, dugaan demi dugaan juga hadir dalam dirinya. Perpisahan kedua ibu bapanya juga menambahkan lagi kesengsaraan dan tekanan hidup. Walau bagaimanapun, minatnya terhadap mata pelajaran Fizik mendorong Kahfi menghasilkan rekaan yang berupa peranti sarung logam, sebagai usaha untuk memulihkan keadaan kakinya. Pengakhiran cerita memaparkan Kahfi pada awalnya seorang pelajar yang nakal serta mempunyai masalah disiplin telah berubah ke arah yang lebih positif. Kakinya yang tempang juga telah sembuh seperti sediakala.  

Poster tentang Perasaan Diri

Image
     Gambaran poster bukan hanyalah sebagai gambaran semata-mata tetapi gambaran ini adalah tentang diri ini sebagai manusia yang hina di sisi Ilahi, dunia hanyalah sebagai sebuah mimpi disangkakan realiti kerana terlalu asyik mengejarnya, tetapi akhirat sebagai alam kekal selamanya apabila tiba sampai kepadanya tidak dipandang malah disangka itu yang kedua. Hinanya diri ini kepadu Ilahi.      Biarkan gambaran ini berbicara dengan makna yang ingin disampaikan,  kenapa adanya telefon yang digengam erat menunjukkan ia sangat dekat dengan seseorang?      Ini menunjukkan bahawa dunia dipandang dan dijadikan sebagai plihan utama Kenapa Al -Quran jauh dari pandangan manusia tersebut, malah tidak digengam sekalipun berbanding dengan telefon yang dipegang erat?        Menunjukkan bahawa akhirat dijadikan pilihan kedua, Al-Quran jauh disana menunjukkan bahawa individu ini jarang membukanya dan membacanya. Hinanya diri ini YA A...

Novel Pahlawan Rimba Malaya dan Novel Bumi Manusia dari Kaca Mata Sejarah

Image
                         Sejarah berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) didefinisikan sebagai asal usul salasilah (keturunan) atau sesuatu peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau seperti   kisah, riwayat dan lain-lain.       Novel Pahlawan Rimba Malaya  karya Keris Mas mengisahkan mengenai Jefri yang bangkit selepas menerima kesan imperialisme baik daripada British atau Jepun. Bangsanya melarat, ditindas segenap sudut  oleh penjajah tanpa belas kasihan.  Atas semangat nasionalisme  yang mula bangkit dalam diri Jefri demi menentang penjajahan yang berlaku di t anah Melayu , dia menyertai gerakan orang dalam atau gerakan gerila bawah tanah yang bermotifkan serangan bersenjata sebagai tanda tidak rela tanah Melayu sebagai tempat kelahiranya  dijajah bagi tujuan  menentang keganasan tentera Jepun      Novel Bumi Manusia  karya Pramoed...

Novel Sejarah : Malaysia Milik Kita

Image
 Malaysia Milik Kita sebuah novel sejarah karya Nor Azida Ishak yang menggarapkan pemikiran yang begitu kreatif dan karya yang mampu membangkitkan semangat kecintaan kepada Tanah Air. Malaysia Milik Kita menceritakan tentang ahli politik yang pernah berkhidmat pada era Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Razak sejak sebelum merdeka. Watak Ghazali Shafie diangkat menjadi wira politik yang menjadi pembantu kepada pemimpin atasan. Ghazali Shafie mempunyai wawasan untuk melihat orang Melayu menerajui bumi Tanah Melayu, tanpa meminta pandangan Residen Inggeris atau sesiapa sahaja orang luar yang tidak putus-putus menjajah dan menjarah. ketokohan Ghazali Shafie dalam novel ini dapat menanam semangat nasionalisme dan patriotisme yang menjadi tonggak untama bagi naratif yang berlandaskan sejarah. sangat hebat pemikiran yang diungkapkan oleh pengarang untuk menghasilkan penulisan yang begitu memberi manfaat kepada masyarakat kerana ini sangat berpautan pada hari ini yang mana generasi pada h...

Berkatnya Ilmu bermula dari senyuman gembira seorang guru

Image
 Ilmu bisa dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mereka menghargainya, tetapi isi kandungan sebuah keberkatan ilmu hanya manusia yang berjaya menjadikan seorang guru tersenyum akan mendapatkanya. Penulisan ini bertujuan untuk mengungkapkan kata kepada guru kerana kesalahan yang dilakukan oleh individu ini tetapi tidak pernah jemu guru memaafknya. Perkataan maaf yang diungkapkan oleh pelajar hanya mampu dikata tetapi guru hanya akan memandang dengan senyuman dan berkata "saya sudah memafkan awak". tetapi rasa isi hati berkata mereka tidak diperdengarkan kepada pelajar untuk menyatakan perasaan kecewa atau tidak menerima maaf pelajar. tetapi kuatnya seorang guru yang mampu memberikan senyuman sebagai tanda permintaan  maaf itu diterima. Berkanya ilmu jika seorang guru mula terseyum mesra bukanya tersenyum hanya untuk menutup rasa kecewa di depan menusia lain. maafkan individu ini jika perkataan yang dilafazkan mampu membuat kamu terguris hati, tidak layak diri ini mendapatkan maaf...

Kumpulan cerpen: Seketul Hati Seorang Pemimpin karya Shahnon Ahmad

Image
     Seketul Hati Seorang Pemimpin menghimpunkan 15 buah cerpen Sasterawan Negara yang sangat dihormati iaitu Shahnon Ahmad yang terilham daripada penekanan yang mengharukan dan menggelisahkan jiwa serta elemen-elemen yang berkembang sebelumnya. Hal ini boleh terjadi melalui iklim politik kebadutan, kenangan -kenangan silam, keyakinan akan kekuasaan Tuhan dan sebagainya.      Seketul Hati Seorang Pemimpin juga merupakan pemikiran yang diilhamkan daripada pengalaman Shahnon Ahmad yang sangat luas seterusnya diungkapkan pemikiranya melalui karya tersebut. Hasil penelitian dari sudut pembacaan menunjukkan pemikiran politik, sosial dan keagamaan banyak diungkapkan oleh pengarang, namun pemikiran yang paling banyak ialah politik. Shahnon Ahmad memang tidak asing lagi bahawa beliau merupakan seorang yang berfikiran yang sangat bijak kerana dalam karyanya pengungkapan  melalui perkataan untuk membentuk sesuatu ayat menjadi jalan cerita yang baik sangat diteli...

ASRAR I KHUDI (RAHSIA-RAHSIA DIRI)

Image
  Asrar I-Khudi sebuah penulisan yang memperkatakan tentang diri atau keperibadian manusia, ditulis oleh Syeikh Muhammad Iqbal dengan bertujuan membangunkan umat Islam dari lamunan tentang kehebatan kaum zaman dahulu menentang musuh Islam tetapi kekuatan itu tidak ditonjolkan pada hari ini menyebabkan perkembangan orang Islam terbatas kerana diri seseorang yang tidak mahu mengubah nasib diri sendiri. Khudi diertikan dalam kesusasteraan iaitu "keperibadian". penulis juga menyatakan bahawa pertumbuhan Khudi bermula daripada seseorang mula menuju kepada Ilahi atau boleh dikategorikan sudah mula insaf keatas apa yang dibuat di dunia sehingga ke tingak yang peling tinggi dalam Khudi iaitu keperibadiaan mutlak kepada Tuhan, ini dijelakan bahawa seseorang manusia mencapai Khudi yang tertinggi apabila dia sudah mempunyai ke arah keagamaan yang tinggi untuk mengerjakan perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangan Tuhan. Secara kesimpulanya,seseorang mesti mengetahui Khudi dalam ind...

Karya Diterbit di Majalah Dewan Siswa

Image
 Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kepada setiap manusia telah memberi kebahagiaan juga kepada diri ini kerana Puisi moden iaitu sajak telah diterbitkan di Dewan Siswa melalui bahagian puisi siswa. sajak bertajuk "Seorang Buta" berkisarkan tentang bagaimana nikmat berlainan individu yang diuji oleh Allah S.W.T mampu memberikan pengajaran kepada manusia yang lain. Jemput membacanya,  Seorang Buta Seorang buta dianggap tidak sempurna cacat pandangan rugi kenikmatan jalan yang hilang tanpa tujuan menagih simpati bersandarkan manusia itulah fikir si manusia sempurna.   Tapi seorang buta hati suci kepada Ilahi pandangan dunia telah mati akhirat di sana dilihat sempurna kotornya dunia jijiknya manusia tidak dipandang seorang buta itulah nikmat seorang buta.   Seorang buta tidak nampak seisi dunia manusia sempurna riang gembira melihat dunia penuh rasa tapi seorang buta juga rasa itu bahagia kerana mata sudah dipelihara kepada Ilahi tempat ber...