Posts

Showing posts from January, 2023

Perjalanan Mencari Ilmu

Image
Alhamdulillah dipanjatkan kesukuran ke atas rahmat dan kurniaan yang diberikan, perjalanan mencari ilmu masih lagi aku tempuh dari saban hari ke saban hari, Aku sekarang sedang mencari ilmu di Universiti Putra Malaysia dalam program yang aku minati dan aku menganggapnya sebagai separuh jiwa diriku iaitu Sastera Melayu. Aku merupakan pelajar Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian, mencari ilmu bagaikan tiada penghujungnya kerana sesuai tuntutan agama iaitu "carilah ilmu sampai ke mati". ilmu ibarat pelita yang menerangi kehidupan, jika ilmu tiada atau tidak dicari sudah pasti kegelapan akan menyelubungi. Aku sekarang berada di semester ke-3, mengharungi cabaran, onak duri, liku-liku perjalanan demi sebuah ilmu berlapiskan kejayaan. Terima kasih Guru, Pensyarah kerana berkat dorongan membawa aku mengenal lebih dalam Sastera yang luar biasa ini. Jasamu tidak terbalas, ilmunya tidak lekang dicurah, usahamu tidak akan aku lupakan. Terima kasih juga Ibuku, Ayahku, dan...

Bidadari lautan sastera: Siti Zainon Ismail

Image
  SITI ZAINON ISMAIL dilahirkan pada 18 Disember 1949 di Gombak, Selangor Darul Ehsan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Rupa (B.F.A) dari Sekolah Tinggi Seni Rupa (SRI) pada tahun 1973 di Yogyakarta, Indonesia, Ijazah Sarja na   Sastera (1980) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya (1992). Pada tahun 1980, beliau dilantik menjadi pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain itu, beliau pernah menjadi Fellow Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (1994-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999)  Siti Zainon merupakan Professor Madya di UKM (1995) dan dilantik sebagai Profesor 2000. Setelah bersara beliau dilantik sebagai Prof Tamu di ATMA  UKM (2007) dan pada tahun 2014-2016 diundang sebagai Profesor di Fakulti Kemanusian, seni dan Warian Univerisiti Malaysia Sabah. Meneruskan kuliah Faslasah Kebudayaan dan Kesenia, Estetika Seni, Retorik Penulisan, disamp...

Loghat Kelantan

Image
Kelantan merupakan salah satu negeri yang terdapat di Malaysia. Negeri Cik Siti Wan Kembang itulah gelaranya. Negeri ini juga dikenali sebagi negeri serambi Mekkah kerana Islam yang diterapkan dan Islam menjadi sebagai tiang kepada seseorang yang beragama Islam. Bahasa loghat kelantan menjadi tumpuan dalam penulisan kali ini kerana setiap lohgat berbeza-beza di setiap negeri di Malaysia. Mari kenali longhat Kelantan. DIALEK KELANTAN BAHASA MELAYU STANDARD Demo Kau Kawe Saya / Aku Ambo Saya Toksey Tak nak Royak / Kecek Cakap Manih Leting Sangat manis Tawa Heber Sangat tawar Mase Purik Sangat masam Paik Lepe Sangat Pahit Brehi Suka Kutir Cubit Agah Sombong Derak Jalan- jalan Keto Kereta Woh setto Buah manggis Pauh Mangga Moktey Rambutan Deghrian Durian Blana-kokna Terlalu banyak Jerik / Tiok Menangis Gegey Bising Bimbe Bimbang / Risau Loni Sekarang Jambe Tandas Ungga Lari Ngaji Belajar Jare Jarang Pitih Duit / Wang Dumoh/ Rumoh Rumah Tubik Keluar Nyodok Penyodok Koyok Kopek Sokmo Selalu ...

Bahasa Rojak

Image
  Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Sebagai contoh percampuran antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris yang menjadi percakapan kepada masyarakat pada masa ini. "u nak i settelkan kan tak?" Rosaknya bahasa kerana ilmu masyarakat yang kurang tentang utuhnya bahasa melayu yang pernah menjadi bahasa penghatar di seluruh dunia. Masyarakat sekarang lebih menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi. Kenapa Bahasa Rojak digunakan? 1 . Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman dan penggunaan Bahasa Inggeris lebih dominan. 2.  Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia. 3.  Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Mal...

Islam Dihina, Apa Tindakan Kita?

Image
  Beberapa hari yang lepas umat Islam di seluruh dunia digemparkan oleh satu kejadian yang sangat berdukacita apabila agama Islam seolah-olah dicabar hebat oleh penentang-penentang Islam. Kejadian ini berlaku di negara Sweden, seorang politikus ekstrem sayap kanan Denmark-Sweden telah membakar Al-Quran di hadapan umum bertempat di depan kedutaan Turkiye di Stockholm pada sabtu lepas. Apa usaha dan tindakan kita sebagai umat Islam? Kata Buya Hamka: jika kamu diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan. Sebagai umat Islam kita haruslah bertindak dengan betul selaras dengan tuntutan agama Islam, Islam merupakan agama yang paling benar tetapi mereka menentang kebenaran. kita haruslah melakukan tindakan seperti memboikot makan hasil keluaran Sweden, menggunakan undang-undang yang berkaitan dengan penghinaan agama, mengerakkan pemimpin supaya bersuara dan mengutuk sekeras-kerasnya sekiranya agama Islam dihina, sebagai umat Islam berdoalah kerana Doa merupakan senjata pali...

Filem Pulau

Image
Pulau  ialah sebuah filem genre seram yang dirancang bakal ditayangkan pada 9 Mac 2023. Filem ini menceritakan tentang sekumpulan lelaki dan wanita yang berkunjung ke sebuah pulau yang kemudiannya berdepan kejadian-kejadian mistik di pulau tersebut. Filem arahan Euho itu membariskan pelakon seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Nam Ron dan ramai lagi Filem ini telah menjadi tumpuan kepada masyarakat dan mendapat kritikan yang negatif kerana terdapat beberapa unsur yang tidak berlandaskan agama Islam serta undang-undang perfileman Malaysia. Kritikan yang ingin dibuat oleh penulis ialah  pemakaian yang dikenakan oleh pelakon- pelakon yang mana menggunakan pakaian yang mendedahkan tubuh badan atau dipanggil separuh bogel. Pelakon juga seolah-olah membiarkan tubuh badan mereka dipertontonkan dan tidak mempunyai rasa malu serta terikut-ikut dengan budaya barat yang buruk.   Katakan tidak kepada filem yang memaparkan perkara negatif ini, penulis juga menyeru bahawa ...

Budaya Bersalaman Tanda Penyatuan dan Sunnah

Image
 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T., selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda SAW, Sahabat baginda S.A.W. serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan adab-adab dalam berkomunikasi sesama manusia sama ada Islam atau bukan Islam. Untuk itu, di antara sebab Allah S.W.T. mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W. adalah menyempurnakan atau mengajarkan akhlak kepada sekalian manusia berdasarkan sabda Baginda: إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”  [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]   Tambahan pula, bersalaman ketika bertemu termasuk di dalam adab-adab Islam dan akhlak yang terpuji. Ini kerana, ia menggambarkan sifat cinta dan kasih sayang di antara yang bersalaman. Berdasarkan soalan di atas, te...

Pejuang Sastera A. Samad Said

Image
Datuk Dr. A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan asas dan menengah di Singapura iaitu di Sekolah Melayu Kota dan Victoria Institution.  Dari situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior Cambridge (1956). Beliau pernah berkerja sebagai kerani di Hospital Umum Singapura. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat akhbar di Singapura dan Kuala Lumpur, antaranya Fikiran Rakyat, Utusan Zaman, Utusan Melayu, The New Straits Times dan Warta Teberau. Kini A. Samad Said menumpukan seluruh masa dan perhatiannya kepada bidang penulisan. Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976, bersama-sama beberapa orang pengarang lain, beliau diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.  Tahun 1979, juga turut memberi erti kepada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Me...

Doa di Bulan Rejab

Image
Alhamdulillah, sedar tak sedar pada hari hari ini 23 januari 2023 hari isnin telah melangkah masuk ke bulan Rejab. kurang 70 hari pula kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan. Sempena menyambut kedatangan dan keberkatan bulan Rejab, mari kita bersama- sama lafazkan doa yang diajarkan apabila masuk ke bulan Rejab. Doa ini menjadi santapan umat Islam apabila melangkah masuk ke bulan Rejab, اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan Maksud: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Doa yang sangat sempurna diajarkan dalam Islam menandakan kita sedar bahawa bulan Rejab merupakan suatu fasa permulaan latihan atau ibadah untuk mendapatkan pahala dan hidayah yang sangat diperlukan oleh seseorang manusia serta sebagai latihan untuk kita sampai ke bulan yang penuh keberkatan untuk umat Baginda Rasulullah S.A.W. Bulan Rejab ini merupakan bulan di mana ...

Muzikal Kampung Baru

Image
  Sebuah drama teks hasil karya Hatta Azad Khan. Drama ini menceritakan sebuah suka duka di sebalik perjuangan ke arah kemajuan dan perjuangan mempertahankan khazanah lama. Cerita ini mengisahkan sekumpulan anak muda berilmu, lulusan universiti bersatu tenaga di bawah teraju Gulam Russel. Mereka membuat perancangan membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh, lengkap dengan infrastruktur, latihan kemahiran penduduk, serta agihan hartanah selepas dibagunkan. Kumpulan ini mengadakan peyelidikan yang rapi tentang segala aspek ekonomi, sosial dan perundangan Kmapung Baru. Apabila mereka ingin mengemukakan idea itu kepada penduduk Kampung Baru pelbagai peringkat umur, mereka mendapat reaksi yang pelbagai. Haji Palawan, golongan tua merupakan penduduk asal Kampung Baru sukar dibawa berunding. Dia menyimpan dendam dan rasa geram yang mendalam terhadap kegagalan pihak yang bertanggungjawab membangunkan Kampung Baru. Haji Palawan teringat Kongres Melayu yang pernah diadakan di Padang Kelab ...

Warisan Melayu Dikir Barat

Image
  Dikir Barat merupakan satu persembahan nyayian yang diikuti oleh palunya gendang, tepukan dan dalam persembahan tersebut terdapatnya satu kumpulan yang dikenali sebagai 'awak-awak' yang melakukan tepukan dan pergerakan tangan dengan gaya yang berirama tersendiri sebagai sebuah kumpulan. Penyanyi pula dipanggil sebagai 'Tok Juara dan Tukang Karut'. Dipopularkan sejak zaman dahulu di negeri Kelantan, dikir barat menyatukan perpaduan kerana sebuah persembahan perlulah satu kesepakatan yang kukuh. Tukang karut akan mengarut sambil berbalas -balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir ini dipersembahkan sebagai hiburan atau sebuah pertandingan. Tetapi kini, dikir barat sudah dihakis kepupusan ditelan zaman. Golongan muda pada masa ini lebih memilih nyayian berbentuk balada, rocks, sedih dan sebagainya yang meyebabkan warisan budaya dikir barat tidak lagi dipopularkan dan dipersembahkan. Disebabkan itu, marilah kita ...

Teks Permata Sastera Melayu

Image
  Sebuah teks yang digunakan dalam subjek Kesusasteraan Melayu dalam tingkatan 6. Buku ini mempunyai pelbagai karya kesusasteraan melayu puisi tradisional dan moden seperti pantun, gurindam, seloka, sajak dan sebagainya. Terdapat juga bahagian prosa dalam kesusasteraan melayu seperti hikayat, cerpen, novel. Karya ini diambil daripada pelbagai pengarang yang berbeza latar belakang dan berpandangan berbeza melalui karya sastera yang diciptanya. Apa yang menjadi perhatian sebenarnya ialah karya yang dibuat atau ditulis tidak terbatas sebenarnya kepada pelajar tingkatan 6 yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu  tetapi  sebenarnya seluruh penggemar atau peneliti sastera juga menjadikan buku Permata Sastera Melayu sebagai sumber kajian dan sumber rujukan. Itulah sastera yang bermutu tidak hanya terbatas pada sebuah buku tetapi ilmu yang terdapat dalam sastera sebenarnya dikaji oleh semua peringkat umur. Sastera yang ditulis merupakan cetusan minda manusia yang bersifatkan k...

Ulama Pewaris Nabi

Image
  Sosok tubuh yang menawan dan mulia, itulah Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat. Beliau merupakan ulama pewaris Nabi yang lahir pada 10 Januari 1931 dari bumi serambi Mekkah iaitu Kelantan. Kehebatan Tuan Guru tidak lari dari bicara manusia kerana kebaikanya, tegasnya, ilmunya, kejujuranya, hormatnya membawa agama Islam serta mengangkat agama Islam hingga darjat paling tertinggi. Beliau merupakan seorang Menteri Besar Kelantan, tetapi kehidupanya seperti rakyat biasa kerana sebuah pangkat dan darjat tidak pernah dipandang serta dianggap satu kelebihan melainkan agama mendahului segala-galanya. Melalui ceramah Tuan Guru banyak manusia dan masyarakat kembali ke jalan kebenaran berlandaskan agama kerana ketegasanya, ilmunya, kempimpinya, ilmu dan pesanannya mampu mengetuk pintu hati mencintai dan percaya Islam adalah suatu kebenaran itulah kata -kata seorang Ulama sebagai pewaris Nabi.  Benarlah Ulama pewaris Nabi, sosok yang hidupnya sering dicaci dan dibenci kerana membawa kebenara...

Perjalanan Menaiki Puncak Gunung Stong

Image
Sebuah perjalanan yang menciptakan seribu satu kenangan. Pemandangan yang jitu dan indah telah diperlihatkan di puncak gunung Stong. Aku pernah mendaki hingga ke puncak gunung. Keperitan dan kepahitan yang ditempuh semasa perjalanan membawa satu pemikiran yang tercetus dari perasaan tersebut iaitu usahalah hingga mencapainya, itulah kata-kata isi hati semasa perjalanan aku untuk sampai ke puncak gunung Stong. Dibalas pula keperitan dan kelelahan itu dengan suatu pujian kepada yang Maha Esa yang menciptakan alam dunia penuh dengan keindahan dan kesempurnaan flora dan fauna. Aku merasakan sebuah taman apabila sampai di puncak gunung Stong kerana kicauan burung yang pelbagai, curahan air terjun mengalir celah-celah batu serta dinginya udara yang membawa kepada tiupan bayu berselisih di badan dengan penuh kasih sayang. Aku terpegun dan mengetahui suatu pengalaman pemandangan yang luar biasa kerana indanya alam sekitar hasil kebesaran yang Maha Esa yang tiada tandingnya dan sempurna. Itulah...